Nabi Idris a.s. ialah salah seorang rasul dan nabi yang diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Nabi Idris merupakan rasul kedua daripada 25 rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam.
Tidak banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris di dalam Al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi.Di dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57: "Dan ceritakanlah { hai Muhammad kepada mereka , kisah } Idris yang terdapat tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. 57 - Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 }
Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam a.s. putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Menurut kitab tafsir 1000 tahun selepas Nabi Adam a.s wafat.
Nabi Idris dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu kemahiran serta mencipta peralatan yang digunakan manusia sekarang. Baginda adalah manusia pertama yang menulis dengan pena yang terbuat daripada batu kerikil. Baginda juga mahir dalam bidang seperti matematik, astronomi serta membuat pakaian daripada kulit binatang dengan menggunakan jarum untuk menjahit pakaian. Walaupun baginda sibuk dengan urusan seharian namun baginda sedikitpun tidak pernah lalai dari mengingati Allah.
Menurut riwayat, Nabi Idris A.S lahir di sebuah tempat bernama Munaf, sebuah daerah di Mesir. Baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T melalui malaikat Jibril dalam bentuk suhuf iaitu sebanyak 30 suhuf. Baginda menyampaikan risalah tauhid kepada umatnya yang berketurunan Qabil serta mengajak mereka supaya menyembah Allah. Umat ini telah bersikap durhaka kepada Allah. Mereka menimbulkan berbagai bencana dan kerusakan di muka bumi. Nabi Idris mengajak orang-orang ini solat, puasa dan bersedekah.
Tapi, keturunan Qabil ini tak mau mendengar ajakan menuju kebaikan itu. Mereka malah menghina dan mengejek Nabi Idris. “Hidup kami sudah enak, senang dan serba cukup, kenapa engkau mengganggu kami?" Tanya beberapa orang penting dari kaum itu.“Ajaranmu aneh, kami tak memerlukannya!” sahut yang lain. “Lebih baik engkau hidup sendiri bersama Tuhanmu.”
Begitulah tentangan terhadap dakwah Nabi Idris selama puluhan tahun menyebarkan ajaran kebenaran. Hanya segelintir orang sahaja yang mahu mengikutinya. Sebahagian besar daripada mereka lebih suka mengikuti hawa nafsunya sendiri.
Karena keturunan Qabil semakin menentang ajaran Idris, Allah memerintahkan Nabi Idris meninggalkan mereka dan membawa pengikutnya yang setia dan mahu beriman kepada Allah untuk menyelamatkan diri. Karena Allah akan menurunkan azab kepada umat yang durhaka itu. Setelah Nabi Idris dan pengikutnya meninggalkan negeri itu, datanglah azab yang dijanjikan Allah. Allah S.W.T lalu menurunkan kemarau kepada keturunan Qabil yang derhaka itu sehingga banyak ternakan yang mati dan ramai manusia mati bergelimpangan akibat kelaparan. Walaubagaimanapun, Nabi Idris a.s. telah berdoa ke hadrat Allah s.w.t. dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan turunnya hujan.
Pada suatu ketika, baginda didatangi oleh malaikat Izrail bagi mencabut nyawanya. Kemudian baginda dihidupkan semula dengan izin Allah selepas malaikat Izrail menangis memohon kepada Allah agar baginda dihidupkan semula. Kemudian baginda diangkat ke langit bagi melihat neraka dan syurga setelah permohonan baginda untuk melihat kedua-dua tempat itu dimakbulkan Allah. Di neraka, baginda telah melihat pelbagai seksaan yang dialami oleh penghuninya seperti dirantai dengan besi, disengat oleh kala jengking dan sebagainya.
Manakala di syurga pula, baginda telah melihat pelbagai nikmat di dalamnya yang menarik perhatian baginda dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Dengan izin Allah S.W.T., nabi Idris A.S terus tinggal di dalam syurga dan menjadi penghuninya. Baginda hidup sampai usia 82 tahun. Baginda juga diberi julukan “Asadul Usud”, artinya Singa dari segala Singa kerana mempunyai kekuatan yang hebat dan bertabiat gagah berani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah : ~
ReplyDelete1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kepada kemenangan.
2. Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat daripada Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3. Apabila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.
4. Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menutup sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5. Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan pujian kepada Allah.
6. Janganlah iri hati kepada orang-orang yang bernasib baik , kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati nasib baiknya.
7. Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehnya, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.