Pages

Tuesday, July 13, 2010

Nabi Zakaria A.S

Zakaria A.S (sekitar 100 - 20 SM) adalah salah seorang nabi yang disebut di dalam Al Kitab dan Qur'an. Ia diangkat menjadi nabi pada tahun 2 SM dan ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Namanya disebutkan sebanyak 8 kali di dalam Al-Quran. Ia memiliki seorang anak dan wafat di Syam. Nabi Zakaria adalah daripada keturunan Nabi Sulaiman A.S dan isterinya pula yang bernama al-Yashbi' adalah daripada keturunan Nabi Harun A.S.

Biografi
Nabi Zakaria A.S telah diutuskan kepada Bani Israil. Sudah sejak lama Nabi Zakaria A.S mendambakan seorang anak. Namun keinginannya belum juga dipenuhi walau ia sudah tua.

Suatu hari datanglah janda Imran menyerahkan bayi perempuannya (Maryam) pada Nabi Zakaria untuk diasuh dan dibesarkan sesuai dengan nazarnya. Nabi Zakaria dan para imam Baitul Maqdis terkejut akan hal itu, sebab janda Imran sudah tua dan rasanya tidak mungkin memperoleh anak. Namun setelah mendapat penjelasan dari janda Imran bahawa kehamilannya ialah kehendak Allah S.W.T, mereka pun mengerti.

Setelah itu timbul persoalan, siapakah yang berhak mengurus Maryam. Untuk itu, mereka telah mengundi dengan melemparkan pena ke dalam air. Barangsiapa yang penanya terapung, dialah yang berhak mengurus Maryam. Ternyata pena Nabi Zakarialah yang terapung sehingga beliau berhak menjadi pengasuh Maryam. Semua keperluan Maryam ditanggung oleh Nabi Zakaria. Namun kemudian rasa sayang Nabi Zakaria pada Maryam berubah menjadi rasa takjub. Suatu hari ketika melihat Maryam, beliau melihat ada buah-buahan berada dekat pada Maryam. Ada juga buah-buahan yang bukan musimnya. Maryam menjelaskan bahawa semua itu berasal dari Allah.

Nabi Zakaria takjub dan tergetar. Ia ingin mendapat kemuliaan dari Allah S.W.T. Maka ia bermunajat kepada-Nya, memohon agar dikurniakan anak. Allah S.W.T berfirman melalui malaikat Jibril bahawa Nabi Zakaria akan akan dikurniakan anak bernama Yahya dengan tanda tidak boleh bercakap selama 3 hari 3 malam.

Setelah itu isterinya mengandung dan melahirkan anak lelaki dan diberi nama Yahya. Seperti ayahnya, Yahya juga seorang nabi.

Zakaria Mendambakan Anak
Nabi Zakaria A.S. iaitu ayah Nabi Yahya sedar banyak anggota keluarganya dari Bani Israil merupakan orang yang tidak beradab dan gemar bermaksiat kerana kedangkalan iman mereka. Ia khuatir bila tiba ajal dan tidak mempunyai keturunan yang dapat memimpin kaumnya, sehingga mereka akan semakin bermaharajalela dan kemungkinan besar akan mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalahgunakan hukum agama.

Kerisaun itu mengusik fikiran Zakaria, dan ia sedih kerana belum juga mempunyai keturunan walau telah berusia 90 tahun. Ia agak terhibur ketika mengasuh Maryam yang dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya untuk memperoleh keturunan timbul kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan di mihrab Maryam. Ia berfikir di dalam hatinya bahawa tidak ada yang mustahil bagi Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri dan tidak berdaya. Allah pasti berkuasa memberinya keturunan bila dengan kehendak-Nya walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh beruban.

Zakaria Berdoa Kepada Allah
Pada suatu malam yang telah larut, Zakaria duduk di mihrabnya mengheningkan cipta kepada Allah dan bermunajat serta berdoa dengan khusyuk dan yakin. Dengan suara yang lemah lembut dia berdoa: "Ya Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan pembimbing kepada Bani Isra'il. Aku risau sepeninggalku nanti anggota-anggota keluargaku akan rosak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikanku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, sedang isteriku adalah seorang perempuan mandul. Namun kekuasaanmu tidak terbatas, dan aku berdoa Engkau berkenan mengurniakan seorang anak yang soleh dan Engkau ridha padaku.

Allah Mengabulkan doa Zakaria
Kemudian Allah menjawab doa Zakaria dan berfirman : “Wahai Zakaria, kami sampaikan khabar gembira padamu, kamu akan mendapatkan seorang anak laki-laki bernama Yahya yang soleh dan membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang dianut, menahan diri daripada nafsu dan godaan syaitan, dan kelak akan menjadi seorang Nabi.” Kemudian Zakaria berkata: “Ya Allah, bagaimana aku dapat memperoleh keturunan sedang isteriku seorang yang mandul dan akupun sudah lanjut usia.” Allah berfirman: “Hal demikian itu adalah mudah bagi-Ku. Tidakkah telah Ku-ciptakan kamu, sedangkan waktu itu kamu tidak ada sama sekali.”

Nabi Zakaria Dibunuh
Pada suatu ketika Nabi Yahya terbunuh kerana perintah Raja Herodus. Setelah Nabi Zakaria mengetahui akan kematian anaknya Nabi Yahya, Nabi Zakaria melarikan diri untuk menghindarkan penangkapan, kerana sudah tersiar pula khabar bahawa ia juga akan dibunuh. Beliau bersembunyi di dalam sebuah kebun dekat kota Jerusalem. Akhirnya kebun itupun dikepung oleh alat-alat negara untuk menangkapnya.

Telah dikhabarkan bahawa sebuah pokok kayu yang besar membelah dirinya dan mempersilakan Zakaria bersembunyi di dalam batangnya. Tetapi Iblis telah memberitahukan kepada para pengepung bahawa Zakaria bersembunyi di dalam pokok kayu itu. Mereka lalu memotong kayu tersebut, sehingga Nabi Zakaria mati terbunuh pula.

Dengan kematian Nabi Yahya dan Nabi Zakaria, Allah menimpakan bencana demi bencana kepada Bani Israel, yang berupa serangan serangan dari tentera musuh yang amat ganas, sebagaimana juga sudah sering terjadi sebelumnya.

Pernah dalam suatu serangan yang dilakukan oleh musuh mereka, 120,000 orang, termasuk pembesar pembesar mereka mati terbunuh semuanya. Hanya sedikit saja yang dapat meloloskan diri dan pembunuhan itu. Terkenal dalam sejarah dunia serangan Nebukadnezar dari Babilon dan serangan Titus dan Rome, sebelum dan sesudah lahirnya Isa al-Masih A.S.

Firman Allah dalam al-Quran surah al-Isra, ayat 48:
Dan Kami (Allah) putuskan (takdirkan) bagi Bani Israel dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan mengadakan kerosakan di bumi dua kali (berulang ulang), dan sesungguhnya kamu akan sombong dengan sebesar besar kesombongan. Maka apabila datang perjanjian yang pertama dari yang dua itu, kami utus untuk menunjuki kamu, hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang sangat, lalu mereka bermaharajalela di seluruh negeri, dan adalah perjanjian itu sudah dilakukan. Kemudian Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan atas mereka dan Kami beri kepada kamu harta dan anak, serta Kami jadikan kamu menjadi bilangan yang banyak (kembali). Jika kamu berbuat kebajikan, bererti kamu berbuat kebajikan bagi dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat kejahatan, bererti kamu berbuat kejahatan bagi dirimu. Maka apabila datang perjanjian yang akhir (Kami utus mereka) supaya mereka membusukkan akan muka-muka kamu (merosak dan mengalahkan kamu), dan supaya mereka masuk ke dalam Masjid (maksudnya Baitul Maqdis), sebagaimana mereka sudah masuk ke dalamnya pertama kali, dan supaya mereka binasakan kamu selagi mereka berkuasa. Mudah mudahan Tuhan kamu mengasihi kamu, dan jika kamu kembali, Kami akan kembali (menyeksamu), dan Kami jadikan Jahannam bagi orang orang kafir sebagai kurungan.

Zakaria dalam Qur'an
Kisah Nabi Zakaria dalam Al-Qur’an ada di dalam Surah Maryam : 1 -15

No comments:

Post a Comment