Nabi dalam agama Islam adalah lelaki yang diberi wahyu oleh Allah dan boleh menyampaikan wahyu yang diterima akan tetapi tidak diwajibkan untuknya menyampaikan wahyu kepada umatnya. Perkataan nabi berasal daripada kata naba yang bermaksud 'dari tempat tinggi', kerana itu orang yang berada di tempat tinggi sudah semestinya mempunyai penglihatan yang jauh (tentang masa depan) yang disebut Nubuwwah.
Manakala Rasul adalah lelaki yang diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu kepada umatnya pada zamannya. Perkataan Rasul berasal daripada kata 'risala' yang bererti penyampaian.
Mempercayai nabi dan rasul merupakan rukun iman yang ketiga dalam Islam dan wajib diimani oleh umat Islam. Terdapat perbezaan antara nabi dan rasul dari segi tugas dan juga jumlahnya. Para nabi yang diberi wahyu oleh Allah boleh menyampaikan wahyu yang diterima tetapi tidak diwajibkan keatasnya untuk menyampaikan wahyu yang diterima. Para rasul pula adalah terdiri dalam kalangan para nabi dan mereka wajib menyampaikan wahyu yang telah diterima kepada umat manusia di zamannya.
Selain ke-25 nabi sekaligus rasul, ada juga nabi lainnya seperti dalam kisah Khidir bersama Musa yang tertulis dalam Surah Al-Kahf ayat 66-82. Terdapat juga kisah Uzayr dan Syamuil. Juga nabi-nabi yang tertulis di Hadits dan Al-Qur'an, seperti Yusya' bin Nun, Zulqarnain, Iys, dan Syits.
Sedangkan orang suci yang masih menjadi perdebatan sebagai seorang Nabi atau hanya wali adalah Luqman al-Hakim dalam Surah Luqman.
Dari segi jumlah pula, para nabi adalah seramai 124 ribu orang manakala para rasul pula adalah seramai 313 orang dan ini selaras dengan hadis Rasulullah S.A.W.
Dari Abi Zar ra bahwa Rasulullah SAW bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, "(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124.000) nabi." "Lalu berapa jumlah Rasul diantara mereka?" Beliau menjawab, "Tiga ratus dua belas(312)" Hadits riwayat At-Turmuzy.
No comments:
Post a Comment