Pages

Monday, June 6, 2011

Nabi Syam'un A.S.

Etimologi
Simson: Ibrani, شمشون : Arab atau Syam'un ertinya 'yang berasal dari matahari'. Nabi Syam'un adalah salah seorang Nabi dari kalangan Bani Israil.

Syam'un dalam Islam
Kisah Nabi Syam'un/Samson ini tidak terdapat dalam Al Quran namun kisah Syam'un ini ada pada kitab Qisasul Al Anbiya'. Dalam kitab itu dikatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. tersenyum sendiri, lalu ditanya oleh sahabatnya, "Apa yang membuatkanmu tersenyum wahai Rasulullah?" Muhammad menjawab, "Diperlihatkan kepadaku hari akhir ketika seluruh manusia dikumpulkan di mahsyar, ada seorang Nabi dengan membawa pedang yang tidak mempunyai pengikut satupun, masuk ke dalam syurga. Beliau adalah Syam'un".

Dalam kitab Muqasyafatul Qulub karangan Imam Ghazali ada menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. berkumpul pada bulan suci Ramadhan. Di dalam usrah itu Rasulullah S.A.W. bercerita mengenai Nabi Allah S.W.T. bernama Syam'un A.S. Rasulullah S.A.W. menggelarnya Sam’un Ghazi.

Syam'un A.S. telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan kekuatan luar biasa seperti berkebolehan melembutkan besi, mampu menewaskan binatang buas dan berkemampuan untuk mengangkat tiang istana dan merobohkannya.

Berani menentang kebatilan
Nabi Allah ini menentang keras perbuatan kaumnya yang ingkar dengan perintah Allah S.W.T. Pada masa itu, Raja Israil sendiri adalah seorang yang ingkar dengan perintah Allah dan zalim pula terhadap rakyatnya. Sifat bongkak raja tersebut mengundang rasa benci beliau terhadap raja tersebut sehingga menyebabkan baginda tidak henti-henti untuk berdakwah kepadanya walau dengan apa cara sekalipun.

Sifat istiqamah Syam'un A.S. mengundang padah padanya apabila beliau berjaya ditangkap setelah isterinya sendiri mengkhianatinya. Syam'un A.S. pernah berkata kepada isterinya berkenaan kelemahan dirinya yang boleh dilemahkan dengan mengikat dirinya dengan rambutnya sendiri. Akhirnya Syam'un A.S. ditangkap.

Syam'un A.S. telah diseksa dan dibutakan matanya. Namun, ia tidak menghalang dirinya untuk terus berjuang menentang kebatilan. Syam'un A.S. berdoa kepada Allah S.W.T. agar dikembalikan kekuatan yang dianugerahkan kepadanya dahulu. Allah S.W.T. memakbulkan doa baginda.

Syam'un A.S. telah menggunakan kekuatan yang diperolehinya semula dengan meruntuhkan seluruh istana sehingga mengorbankan raja dan isteri beliau sendiri.

Selepas kejadian itu, Syam'un A.S. kemudian bersumpah untuk beribadah selama 1000 bulan tanpa henti. Daripada kisah yang diceritakan inilah, maka datang wahyu berkenaan malam Lailatul Qadar yang sama dengan keberkatan 1000 bulan.

Hal ini adalah kerana terdapat sahabat baginda Rasulullah S.A.W. yang bertanya kepada baginda untuk mereka ikut jejak langkah Nabi Syam'un A.S. Baginda terdiam sejenak sebelum malaikat Jibril datang menurunkan wahyu kepada baginda Rasulullah S.A.W. mengenai satu malam pada bulan Ramadhan yakni malam Lailatul Qadar iaitu sesiapa yang beribadat pada malam tersebut, pahala amalannya menyamai 1000 bulan beribadat.

3 comments:

  1. Waduh!, sobat, kayaknya ada satu lagi NABI yang tidak kau posting.
    Yaitu NABI yang mukjizatnya selalu tampak di layar kaca.
    Cobalah tebak!, NABI siapakah ia?
    NABIla Syakieb!!!

    WKWKWKWKWKWKWKWKWKWK!!!

    (Cuman bercanda aja!).

    :-D

    ReplyDelete
  2. Ooo iya!, aku mau bertanya, apakah Dewa Krishna Hindu dan Sidharta Gautama Budha itu termasuk nabi dan rasul Allah ataukah bukan??

    Terus, nabi-nabi dan rasul-rasul dari agama Majusi; Yahudi; Khonghucu; dan sebagainya, apakah mereka juga termasuk nabi Allah (sekaligus rasul Allah) ataukah bukan???

    Dan bagaimanakah cara membedakan antara nabi Allah (rasul Allah) dengan nabi palsu (rasul gadungan)???

    Tengs...!

    ReplyDelete
  3. Kemungkinan mereka juga daripada kalangan nabi dan rasul kerana asal manusia itu sendiri daripada keturunan nabi Adam yang kemudiannya semakin ramai di muka bumi sehingga terdapat di kalangan mereka yang mulai sesat dengan menyembah taghut. Allah S.W.T mengutuskan para rasul ini untuk mengajak para manusia supaya sujud kepadaNya. Dikalangan para rasul ini telah diutuskan kepada kaum-kaumnya untuk mengajak mereka beriman kepada Allah S.W.T. seperti yang terdapat dalam Al Quran, surah An Nahl ayat 36 yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-Rasulnya.

    Ayat itu juga telah menerangkan dengan jelas bahawa setiap umat manusia ini tidak tertinggal daripada menerima ajakan para rasul untuk sujud kepada Allah. Saya percaya bahawa dalam setiap tamadun purba terdahulu terdapat ramai para nabi dan rasul yang telah diutuskan kepada mereka berdasarkan ayat ini. Sebagaimana nabi Isa A.S. telah diutuskan ke Rom untuk mengajak manusia di tamadun terbabit beriman kepada Allah S.W.T. Asal agama seperti kristian dan yahudi itu adalah menyembah Allah dan mengaku hanya Allah sahaja yang satu bukan seperti mana kristian yang mengaku nabi Isa itu anak tuhan sedangkan beliau sendiri mengaku beliau utusan/rasul Allah. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa setiap agama yang terdapat pada hari ini pada asalnya dibawa oleh para nabi dan rasul yang membawa ajaran untuk mentauhidkan Allah S.W.T. namun selepas para nabi dan rasul itu wafat, di kalangan umatnya sudah mulai terpesong akidah lalu menyembah mereka sebagai tuhan seperti yang berlaku dalam agama kristian.

    Bagi mengetahui antara nabi Allah dan nabi palsu, kita perlu kembali kepada Al Quran dan Sunnah terlebih dahulu. Kemudian kita boleh membuat rujukan ke atas kitab-kitab seperti injil, zabur dan taurat namun harus diingatkan supaya kita berhati-hati dalam memahaminya kerana kebanyakan injil hari ini banyak yang sudah terpesong dan perlu kepada kajian yang lebih teliti. Kita juga boleh merujuk kepada karangan Ibnu Kathir mengenai para nabi ini kerana beliau banyak menulis mengenai kisah para nabi selain 25 orang Rasul yang kita ketahui. Wallahualam. Terima kasih kerana bertanya. Yang baik itu daripada Allah dan yang salah itu daripada kesilapan saya sendiri. Allah Knows Best.

    ReplyDelete